PERIHAL EVERNOTE

Lanjutan kepada pemikiran anda

Semasa Stepan Pachikov, pengasas kami, mula mengusahakan idea yang akhirnya menjadi Evernote, beliau mengenal pasti tiga perkara yang dilakukan oleh otak manusia: mengingati masa lalu, membina hubungan dan mewujudkan idea baharu untuk masa depan.

Ingat segala-galanya

Evernote diasaskan untuk menangani masalah yang semakin menular yang disebabkan oleh teknologi: cara berjaya dalam dunia dengan jumlah serta kelajuan maklumat yang semakin meningkat.

Capai apa-apa sahaja

Pengguna hari ini dilimpahi maklumat dan cemas tentang cara mengendalikan semuanya. Evernote membantu orang menumpukan perhatian, pada ketikan ini untuk membuat kemajuan yang paling bermakna.

Jadi lebih baik

Evernote melancarkan pergerakan produktiviti peribadi digital dan telah berkembang sejak itu. Lebih daripada 225 juta pengguna di seluruh dunia telah menemui Evernote, yang digunakan dalam lebih 25 bahasa pada setiap hari.

Lebih banyak latar belakang, satu Evernote.

Kami percaya bahawa perspektif yang berlainan membawa kepada idea yang lebih baik. Kami terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih dipercayai dan kolaboratif dalam Evernote—yang membolehkan semua pekerja menjadi diri mereka yang sebenar.

Lihat Kerjaya Evernote »

Stepan Pachikov

ASAL USUL EVERNOTE

dengan pengasas Stepan Pachikov

Pertanyaan Akhbar

Jika anda mencari statistik, imej dan logo terkini syarikat kami, semak aset jenama kami. Untuk pertanyaan akhbar atau siaran akhbar lain, sila hubungi press@evernote.com.Untuk semua pertanyaan lain, lawati halaman hubungan kami.

Garis Panduan Jenama

Garis panduan jenama berikut telah disediakan untuk memastikan penggunaan dan pelaksanaan jenama serta aset Evernote yang betul, termasuk sebarang tanda dagangan, logo dan/atau kandungan. Untuk menggunakan sebarang tanda kami dengan cara yang tidak diliputi oleh garis panduan ini, sila hubungi kami di brand@evernote.com dan sertakan contoh visual penggunaan yang dimaksudkan.

Evernote Corporation ialah sebuah syarikat persendirian global yang beribu pejabat di Redwood City, California. Kami juga mempunyai pejabat di Austin (Texas), Bothell (Washington), New Delhi (India), San Diego (California), Santiago (Chile) dan Tokyo (Jepun).

Sedia untuk Evernote?