Mengapa memilih Evernote?

Evernote memberi anda segala yang anda perlukan untuk mengatur hidup—mencatat nota, merancang projek dan cara yang mudah untuk mencari perkara yang anda perlukan, pada masa anda memerlukannya.

Ayuh kita bermula

Skrin utama untuk perkara penting

Dapatkan akses pantas kepada maklumat yang paling anda perlukan.
Papan pemuka Evernote pada mudah alih

Ingat segalanya. Capai apa-apa sahaja.

Evernote terulung dalam membantu anda kekal produktif.

Penyusunan yang fleksibel

Evernote tidak memaksa anda untuk menyusun dalam cara tertentu. Cipta sistem buku nota atau biarkan tanpa penyusunan. Semua nota boleh dicari dengan pantas.

Tersedia di mana-mana sahaja

Memiliki iPhone dan komputer Windows? Android dan Mac? Suka menggunakan Linux? Tidak seperti kebanyakan aplikasi mencatat nota, Evernote berfungsi pada semua peranti.

Web Clipper

Sesetengah aplikasi mencatat nota amat mengehadkan perkara yang boleh anda simpan dalam talian. Evernote Web Clipper membolehkan anda menyimpan dan menganotasikan halaman web, imej dan PDF.

Pengecaman aksara

Temui nota dengan mencari kata kunci, walaupun perkataan tersebut muncul dalam foto, imbasan papan putih, kad niaga, tulisan tangan atau dokumen.

Aplikasi web

Kebanyakan aplikasi mencatat nota kekurangan aplikasi web berfungsi penuh. Evernote Web menawarkan rangkaian ciri yang lengkap daripada sebarang pelayar utama.

Penyepaduan apl

Evernote berfungsi dengan yang anda gunakan, termasuk Google Drive, Slack, Outlook, MS Teams, Zapier dan Gmail.

Skrin nota mesyuarat Evernote

Patuhi setiap tarikh jangka

Pautkan nota yang mengandungi item tindakan penting ke acara kalendar anda dan Evernote akan menunjukkan maklumat yang anda perlukan—pada masa anda memerlukannya.
Skrin nota mesyuarat Evernote dengan lampiran audio dan pdf

Rakam lebih banyak daripada sekadar perkataan

Dapatkan idea dengan cepat dan gabungkan dengan imej, lakaran, dokumen dan rakaman audio untuk mengubah pemikiran yang bernas menjadi rancangan tindakan.
Cipta tugas baharu dalam skrin nota mesyuarat Evernote

Kendalikan tugasan anda

Atasi segalanya dengan menambahkan tarikh jangka, peringatan dan bendera pada tugas anda. Tetapkan tugas berulang untuk sentiasa mengetahui tugasan mingguan atau bulanan anda.
Anda akan berasa senang

Anda akan berasa senang

Simpan semua bahan projek anda di satu tempat — termasuk senarai semak, e-mel dan PDF. Pencarian pintar meletakkan semuanya di hujung jari anda.

Jangkaui "bermula"

Majukan tugas ke hadapan di tempat kerja, rumah dan di mana-mana sahaja.

Mesyuarat

Jadikan persediaan mesyuarat mudah dengan memautkan nota kepada acara kalendar anda.

Tugasan

Rehatkan ingatan anda dengan menambahkan peringatan pada tugasan anda.

Projek

Sesuaikan Skrin Utama untuk menunjukkan semua yang anda perlukan untuk projek besar anda yang seterusnya.

Matlamat profesional

Buat rancangan yang tepat dengan cepat untuk membantu anda menjadi lebih teratur—dan terus maju.

Sekolah

Ikuti perkembangan tugas anda dan jangan terlepas tarikh jangka. Ketahui lebih lanjut.

Menulis

Luahkan idea anda dan temukan idea tersebut dengan cepat menggunakan teg carian dan kata kunci.

Percutian

Sila berehat. Simpan maklumat yang anda perlukan untuk percutian anda di satu tempat.

Haiwan peliharaan

Jadual berjalan—tanda. Nombor telefon doktor haiwan—tanda. Kotoran pada permaidani—alamak...

Rasai ketenangan dengan menjadi lebih teratur.